CSR PROGRAM FUNDRAISING
Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) mengeluarkan satu Sijil Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk syarikat, organisasi, agensi, sektor kerajaan dan swasta di Malaysia yang telah memberikan sumbangan kepada kualiti hidup masyarakat Malaysia melalui Kempen “Sebutir Nasi Sejuta Kasih” Program. Sehubungan dengan itu, Kempen ini juga dirancang untuk menjalankan aktiviti kemasyarakat dan Tanggungjawab Sosial Korporat melalui program MTPN selaras dengan tanggungjawab kepada masyarakat di Malaysia.
PROGRAM TAJAAN DANA BANTUAN B40
Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) melancarkan satu bentuk program kebajikan CSR (Corporate Social Responsibility) iaitu Kempen “Sebutir Nasi Sejuta Kasih” sebagai salah satu strategi yang berkesan dalam pentadbiran bagi memastikan kebajikan masyarakat terjaga. Objektif kempen ini adalah untuk mendapatkan dana tajaan bagi membantu pelajar di sekolah seluruh Malaysia dari golongan keluarga B40 yang kurang berkenanpuan dalam mendapatkan bekalan makanan seharian mereka. Dengan kempen sebegini akan membantu mengurangkan bebanan terhadap golongan pelajar yang kurang berkemampuan.